Wednesday, December 26, 2012

Satu Catatan Perjalanan Korea ~ Day two Part I

Salam..

Weekend lepas saya dan keluarga ke Melaka untuk annual Family holiday...aduyai..makin banyak n3 tertangguh ya...ini pun sudah 3 minggu balik korea, n3 hari ke 2 baru nak masuk...aigoo..aigooo..oklah kita sambung perjalanan Ke Jeju di hari ke dua. 
Morning call pukul 5 ( waktu tempatan) , tapi saya dan suami bangun je pukul 6, terus mandi, solat dan turun untuk sarapan. Liza dah siap tunggu untuk assist makanan mana yang boleh dimakan dan mana yang perlu dielakkan...so..pagi kami makan dengan amannya sebab trip mula pukul 8 so memang banyak masa. Lepas makan kami bercamwhore dekat lobby dan luar hotel. Keluar lobby saya dah menggigil tapi berdegil tak nak pakai jaket sebab konon2 nak nampak baju lain sikit dlm gambar kan..Sarah terpaksa pasrah aje bila saya sanggup tahan sejuk kan...
Perjalanan pertama, kami akan ke Jeju Folk Village..salah satu tempat pergambaran citer Jangguem. Perjalanan mengambil masa lebih kurang sejam so seperti biasa si Jamilah akan cerita pasal sejarah yang bakal kami lawati. FYI...pulau jeju merupakan sebuah kampung ( pada mereka) wpon saya tengok jeju seperti bandar besar walaupun trafiknya tak sesesak seoul. Di jeju kebanyakkan penghuninya adalah ahjumma ( makcik2) sebab anak2 muda lebih prefer tinggal di seoul dan bandar lain. di sini juga terkenal dengan women sea divers yang akan turun ke laut untuk mencari hasil. so..seperti kata jamilah..' no handsome men here...there're lots of ahjumma...so kebarangkalian nak tengok oppa2 hensem mmg tak adalah kan..heheheh...
Kebanyakkan rumah tak sini tak gunakan gate besi seperti rumah2 kebiasaan yang lain. Mereka menggunakan batu lava sebagai pintu pagar rumah, kebun, ladang..dan etc...padanlah sebab jeju ini pun terhasil daripada gunung berapi kan. Dan jeju dikatakan bandar yang selamat so...walaupun pagar dari lava, tapi hidup mereka aman-aman sahaja.
Hari pertama sampai, kami ke dua tempat sahaja tetapi pada hari ini kami akan ke 6 tempat sekaligus memandangkan esok pagi kami akan terbang ke seoul semula. 

Sebelum apa-apa, kita sarapan dulu ya

Lobby hotel..jangan riso idaklah saya jengah ke dalam tu..heheheh

Depan Hotel...cuaca sejuk..kena dengan jiwa saya

fefeling romantik tapi sebenarnya jenuh nak tahan sejuk

Sampai di Jeju Folk Village ni, si jamilah dah beri amaran supaya pakai jacket dan long john ya. Saya tak pakai pun sebab nak menikmati udara sejuk kononnya. so dalam 17 peserta tu saya seorang saja yang kekal dengan blause. Cadangnya jacket itu hanya sekadar bawa sahaja. Tapi...turun sahaja bas..hahahhaa..kelam kabut saya pakai jacket. Hubby dan sarah hanya menggeleng. " Kan dah cakap..." hahahaha..lemak2 di badan saya tak mampu menahan cuaca rupa-rupanya..hehehehe.
Sampai kat sini memang saya excited habis sebab selalunya perkampungan mcm ni mampu tengok dalam tv aje kan.. la ni dah ada depan mata so..memang tak lepas peluang. Selepas Jamilah cerita serba sedikit mengenai kehidupan lampau masyarakat korea, kami diberi masa untuk explore sendiri. Saya dan sarah apa lagi...mcm budak tak cukup umur sahaja kalau tgk kami. Hubby pun hanya mampu menggeleng tak faham apa yang kami excited sangat. Saya cakap dengan hubby.." hanya mereka yang mengerti saja blh faham kelakuan kami ni." hahahahahah....
Masa berjalan hujan turun..makin lama makin lebat. Mujurlah masa lawatan dah hampir berakhir jadi terus kami menuju ke dalam bas. 

dol hareubang ( grandfather stone) ni simbol ' penjaga ' di Jeju

Jang geum...my fav heroin selain Ji woo '( Tengok pagar depa..semuanya dari lava stone)

Pasrahlah kan kena ada gaya mcm ni

Happy 1st anniversary dear

Pertandingan TUHO ..salah satu permainan tradisional Korea.

Sampai di lokasi pengambara drama JITP ni, saya dan hubby bertarung main TUHO...permainan popular yang boleh dilihat dalam drama2 historikal korea... Saya dan sarah baling satu pun tak kena, Hubby dapat masukkan 4. ceh...mana aci...hahhahaha

Di salah sebuah lokasi pengembaraan Jewel in The Palace
Di sinilah saya dan sarah terkinja-kinja macam beruk kena belacan. Masa ni memang tak nampak hubby dah...hahaha..bila snap pic terus pos tak fb sebab nak bagi adik saya sorang lagi jeles...hahaha..misi kami berjaya...
Janggeum dengan Pegawai Min..huwaaa..meroyan sekejap walaupun cuma tgk gambar aje
Oh..bunga apakah yang cantik ini?



Ada cerita sebenarnya dengan kayu yang terlintang di atas. Pada zaman dahulu, setiap rumah akan mempunyai pagar seperti ini. Di kiri kanan akan diletakkan 3 lubang untuk memuatkan kayu panjang ini. Jika kayu diletakkan di lubang paling bawah, bermakna penghuni rumah keluar sebentar ( pagi), dan sila datang sebentar lagi. Lubang kedua bermaksud, kami tiada di waktu petang, sila datang waktu malam. Dan jika kayu diletakkan di lubang atas, bermaksud, kami tidak mahu menerima tetamu..sila datang pada hari esok. hahahah..kelas kan..tak payah korang nak terjerit2 dari rumah suh datang esok..orang tgk aje kayu tu dah faham maksudnya. 

Ok..bersambung lagi nanti ya...

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...