Saturday, October 06, 2012

Review TBK 3

 Ulasan dari pembaca lelaki yang saya terima dari emel..terima kasih Ariefikbal..atas ulasan anda..
Saya sudahpun mendapatkan novel terbaru puan. menarik  tetapi saya
lebih terkesan dengan JKP dan HBR. Mungkin bila membaca tentang Najmi
Hariri yang jiwang karat tak sudah saya jadi ngilu pulak. Apatah lagi
dengan tergamaknya seorang isteri membunuh suaminya sendiri, saya jadi
semakin ngeri. Tapi tak apa, tetap menarik untuk dibaca sementelah
pulak saya gemar membaca action yang tidak terlalu memberatkan kepala.
Maklumlah dah tua-tua ni. dengan bebanan kerja yang tak sudah2,
membaca novel sekali sekala memang dapat membantu mengurangkan stress.
saya ingin cadangkan puan menulis juga tentang cerita-cerita berkaitan
gangguan sihir yang banyak di kalangan masyarakat kita.  ada kalanya
gangguan sihir boleh menyebabkan kematian, memusnahkan rumahtangga dan
memutuskan ikatan persahabatan. Harap puan dapat menulis untuk tatapan
peminat2 penulisan puan.

Akhir sekali,
TAHNIAH atas terbitnya novel terbaru puan. semoga puan terus berkarya
dan berkarya tanpa jemu. Moga puan tidak lupa menyelitkan  sedikit
unsur-unsur nasihat, keimanan dan ketakwaan kepada  ALLAH agar pembaca
tidak terus -terusan lalai. Memang benar sekarang pembaca suka
karya-karya tentang kahwin paksa, tiba-tiba terkawin, benci jadi suka
bila dah kahwin--- tapi tidak semua suka karya begitu. remaja tak
cukup umur, mungkin la suka. itu hak mereka biarlah......selera dan
pendapat sudah tentu tidak sama. Untuk remaja dah nak purba macam saya
ni, novel seperti novel puan adalah pilihan utama. Harap puan terus
sukses.    Asalammualaikum..................bye


No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback đŸ”™  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...