Tuesday, March 27, 2012

Siakap Stim Limau





Salam...

Kepada yang mengenali saya rasanya tahu yang saya ni tidaklah pandai memasak. Saya hanya pandai makan sahaja. Hari ini saya cuti kerana menjaga emak yang kurang sihat. Dalam pukul sepuluh pula Mr K sms kata dia nak balik sebab tak sihat badan. Lalu, bila emak tidak sihat ni, tugas memasak jatuh pada bahu saya sepenuhnya. Aikk..jangan ada yang cakap saya ni dah kahwin pun masih harapkan emak memasak lagi...eerr..ada masanya benar juga bila saya tidak sempat ke dapur. hahhaa...Tapi kalau dulu memanglah saya boleh mengelat, tetapi semenjak bergelar isteri ni, kenalah laksanakan tanggungjawab yang satu ni walaupun kebolehan memasak saya cukup terhad. Balik-balik itu sahaja. Mujurlah Mr K tahu yang isterinya ini tidak pandai memasak.
Jadi, bila Mr K memberitahu dia mahu pulang awal, saya terpaksa masuk ke dapur juga. Bukak peti ais, hanya ada ikan siakap.

Saya bercadang mahu memasak sweet sour sahaja kerana resepinya boleh ditanyakan kepada emak. Namun sedang dalam berbincang nak memasak, tiba-tiba sahaja saya teringin makan Siakap stim limau. Memang kalau makan berjemaah ramai2 dengan family, saya pasti akan memesan masakan ini sebagai menu utama. Malangnya saya, nak memasak stim limau ini pun saya terpaksa mengoogle menu di dalam internet. Mak aiii..sonang rupanya nak buat dia. Tak adalah sesusah mana pun.
Jadi, saya katakan dengan Mr K, apa plan saya untuk hari ini. Mr K yang sedang demam itupun jadi excited. Terus masuk dapur sekali dengan saya. Hahahaha...Tugas utama dia, tentulah siang ikan Siakap yang besar gedabak tu. sementara saya siapakan bahannya. dan emak pula berehat di depan sambil tengok tv.hahahah...
Tengah memasak, biasa ayat yang keluar dari mulut saya dan suami.." eh betul ke kita buat ni..." HAHAHA...hentam sajalah labu...akhirnya berjaya juga Siakap stim limau saya. Cuma ada terlebih masin sahaja. untuk cover masin, saya tambah kuahnya sedikit. Sebab itulah kalau tgk, kuah siakap ni dah hampir kategori banjir dah. Walaupun nampak ' bersepah' sikit dengan segala mak nenak bahan dia, tapi rasanya enak-enak sahaja. wah...kagum sekejap dengan diri sendiri...hahahaha...

4 comments:

Lynn Dayana said...

ko ingat tak siakap stim limau Port Dickson yg pedas berapi n sedap tu? hehe...

dhiya zafira said...

Lynn,

sudah semestinya aku ingat....huhuhuh sedapnya...

Eera Shera said...

wow masak bersama..romentik tuuuu huhu :D

dhiya zafira said...

Eera...

jangan jeles na...hehehhe

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...