Wednesday, October 13, 2010

Here I come...



Salam...

Mulai esok sehingga 19 Oktober, saya akan berada di sini untuk kursus Pengurusan Perpustakaan bagi Penyelia Pepustakaan yang melibat kakitangan dari Perlis, Kedah P.Pinang, Perak, Selangor dan Melaka. Wah ramainya...dan lamanya pulak tu. Bila tgk emel yang diberikan saya tarik nafas sendiri. Aduhai...kursusnya bermula dari pagi hingga ke malam. Saya tidak pernah ke sini..walaupun tempat ini dalam negeri Perak dan walaupun dekat Tg.Malim. Oleh kerana penempatan saya dan teman-teman lain sudah berterabur satu perak, kami merancang untuk carpool sahaja. Saya akan drive dari taiping, singgah ambil 2 orang kawan di Taman Meru, Ipoh dan singgah ambil seorang lagi di Kampar sebelum pergi ke Felda Trolak Residence ini.
Dan rasanya untuk 6 hari akan datang, saya tidak dapat online. Kalau kat tempat tu ada wi-fi tak apa juga. sebab saya tak ada broadband. So...tak apa..bekalan saya..buku...drama korea yang sudah didownload dan manuskrip saya sendiri. Ada tiga pilihan. hehehhe..kalau malam2 lepas habis kelas...takde benda nak buat, mungkin saya boleh cabut ke TG. malim sekejap..hahahha..rindu dengan my niece yang tembam tu.Oklah...sehingga berjumpa lagi ya...jangan rindu2 saya..hahahahhaa

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...