Monday, July 19, 2010

Raudhah

Salam...

Saya menyambung kembali kisah saya di bumi Rasullulah...

Pagi itu setelah siap bersarapan, semua jemaah dengan diketuai mutawif melangkah menuju Masjid Nabawi yang begitu dekat dengan hotel penginapan kami. Di perkarangan masjid, mutawif memberi penerangan dan membacakan doa...kami terpaksa dipisahkan antara lelaki dan perempuan. Yang sedihnya, kerana perempuan tidak dibenarkan melihat makam Rasulullah SAW.. Kami hanya boleh berdoa di Raudah yang kami tahu hendak berdoa di sana cukup payah....
Untuk memasuki Raudah, perempuan hanya boleh masuk ke situ; kalau tak silap saya..6-9 pagi, selepas zohor sampai pukul 2 dan malam 9-11. Ya...masa begitu singkat lebih2 lagi terpaksa bersaing dengan jemaah dari negara lain....
Masuk ke masjid, kita kena bersedia dicheck oleh pegawalnya...sebarang kamera, telefon berkamera tidak dibenarkan masuk. Kalau dulu dirampas tak dipulang..tapi kini kita boleh menyimpan di pejabat mereka...kecuali kamera..mmg tidak dibenarkan masuk...
Saya...walaupun tidak berniat untuk merakam gambar di dalam tetapi tetap juga membawa kamera dan handset kerana dalam perjalanan pulang, atau ke mana2...saya boleh merakam gambar mana yang saya mahu...tidak perlu berulang alik ke hotel semata2 mahu mengambil kamera...
Mana saya seludup? hahahahhha...pandai2 lah simpan, agar pengawal tu tak tahu...
Pertama sekali masuk, kami menunaikan solat tahiyatul masjid...dan solat sunat yang boleh kami buat....mujurlah saya dan ika ditemani oleh kak Nor, yang mempunyai pengalaman yang cukup banyak...dengan beliau, cukup mudah kami menuju peluang ke Raudah...
Ya....begitu ramainya orang mahu mengambil peluang memijak karpet hijau itu. Giliran terpaksa dibuat...manusia memang berebut2 mahu bersolat dan berdoa ditempat yang paling hampir dengan makam Rasulullah SAW.
Saya turu mengintai peluang...apabila grup kali dilepaskan untuk ke Raudah..keadaan menjadi kelam kabut....saya dan ika dan beberapa teman terpaksa mengawal diri sesama sendiri keana takut dirempuh dengan jemaah lain yang lebih kasar, taksub dan pelbagai lagi...
bila salah seorang dr kami bersolat...kami mengawal tempat...tapi cukup payah...jemaah belakang menolak2 sampai ika yang sedang bersembahyang pun hamoir tersungkur dengan tolakan yang keras...terus-terang saya katakan, jemaah Malaysia ini yang paling bersopan santun...dengar arahan...yang lain..nauzubillah...takut melihat mereka walaupun mereka juga perempuan seperti kami....
Saya berpeluang ke depan dan bersolat...selepas tu saya berdoa..memberi peluang kepada orang lain untuk bersolat juga...bila berdoa...saya tumpukan sepenuh perhatian...saya tidak peduli dengan tolakan..saya dalam dunia saya sendiri...saya cuba sampaikan doa untuk diri..keluarga dan teman-teman...air mata ketika itu tak usahlah dicakap...mmg sebak...selama ini hanya mendengar orang bercerita dan kini saya dapat merasainya...
sedang saya dalam kesedihan itu, tiba-tiba ada seorang jemaah memanggil saya untuk bersolat. Ya ALLAH...keadaan yang pada mulanya cukup payah itu menjadi mudah tiba-tiba. Saya tidak kenal siapa jemaah berbangsa arab itu namun, dia dengan rela hati memberikan ruang kepada saya untuk bersolat di barisan pertama...Ya Rabb....saya betul tak mampu untuk bercakap apa dah...saya terus bersolat dan berdoa...selagi peluang dan ruang yang diberikan itu ada, saya mengambilnya dengan penuh kesyukuran...ALHAMDULILLAH....ALLAH permudahkan saya di Raudhah....

2 comments:

Dessert Queen said...

Owh sebak aku..rindunya dengan Rasulullah kan...

dhiya zafira said...

Nora...

Bila dah sampai sana..hati mmeng rasa rindu...mmg tak boleh lupa...banyak2 tempat yg dipergi SANA juga yang terbaik...kerana di sana ada JIWA...

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...