Saturday, July 24, 2010

Ada apa dengan RBB?

Salam....

Jangan hairan ya kenapa saya mahu bercerita tentang kesemua novel-novel saya. hehehehe...Almaklumlah...novel makin bertambah ( baru 4 dah kecoh), tapi rasa macam saya mengabaikan pula buah hati saya yang terdahulu ini..Jadi..kali ini saya sambung pula dengan RINDU BELUM BERHENTI.


Inilah rupanya novel kedua saya yang diterbitkan pada bulan Jun 2008. Dengan RBB, saya tidak perlu menunggu lama. Hanya 6 bulan setelah saya menyerahkan manuskrip kepada editor, ianya diterbitkan. Ya...saya lega RBB tidak menerima nasib seperti KDB.
Apa istimewanya RBB ini. Aduhai...terlalu banyak yang hendak saya senaraikan. Antaranya ialah...inilah karya pertama saya bergenrekan ROMANTIS-THRILLER. Ini adalah percubaan pertama saya. Jadi semasa menulis kisah ini, ianya seperti menulis novel pertama sahaja gayanya.
RBB lahir seiring KDB. Semasa KDB diterbitkan, RBB sudah pun 70% siap. Tajuk asal yang saya letak adalah AKU AKAN MENANTIMU...namun setelah sampai ke tangan editor saya menyenaraikan RBB sebagai pilihan kedua saya dan RBB diterima. Tajuk RBB serasa saya sangat menarik, bukan? hehehehe...
Istimewanya RBB kerana ada Izz Karami. hahahaha...saya tahu ada pembaca yang angau dengan Izz ini. Ramai pembaca yang jatuh cinta dengan Izz...Saya pula semasa menulis kisah ini, juga angau dengan Izz ini dan sehingga kini angaunya masih belum hilang. Aduh..teruk betul saya ni. Apabila Izz muncul, saya sukar menulis karekter hero yang kalau tidakpun melebihi, cukuplah setara dengan karekter Izz ini. Ramai yang kata Izz masih belum ditandingi. Dan ada pula yang kata, Rif, hero JKP mampu bersaing dengan Izz. Bagaimana dengan anda semua?
Ya...saya mengambil risiko dengan RBB. Feedback yang saya terima, memang banyak. Rata-rata menyenangi hasil penulisan saya ini. Saya lega...benar-benar lega kerana RBB diterima pembaca. Bukan senangnya seorang penulis wanita hendak memecahkan tanggapan bahawa penulis aksi dan thriller itu adalah penulis lelaki sahaja.
Saya bukan mahu melawan atau menyaingi. Saya hanya mahu memeriahkan/ menyemarakkan kelompok penulis-penulis Thriller yang amat sikit bilangannya di Malaysia ini. Saya meminati karya Abdul Rahim Awang dan Ramlee Awang Murshid. Saya harap, saya mampu menjadi seperti mereka. Saya berharap, karya-karya saya mampu menjadi sebutan seperti karya mereka berdua. Dan saya berharap jualan karya saya juga seperti RAM & ARAR yang seperti pisang panas itu...Aminnnnn....
Kepada pembaca yang masih takut membaca karya saya, cubalah baca dan nilaikan sendiri. Mungkin ada boleh mengubah tanggapan anda bahawa tak semua karya Thriller itu hanya serius, berat dan men-depressedkan anda apabila membacanya....
Saya tidak mempunyai masalah dengan pembaca yang sukakan thriller di dalam novel. Mereka dapat menerima RBB seadanya. Masalah saya ialah pembaca yang mahukan kisah cinta semata-mata. Kisah cinta seperti KDB. Bagaimana ya formula untuk menarik minat pembaca untuk membaca pelbagai genre? Hmmm....Susah sebenarnya ya....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...