Tuesday, June 09, 2009

mandi manda


Laluan yang kecil dan licin terpaksa dilalui untuk menikmati air terjun yang sejuk dan menyegarkan jiwa itu


pemandangan sebaik sahaja tiba di kawasan yang dimaksudkan. hilang segala rasa penat dan lelah mendakit bukit.




Salam...

Ahad lepas, selesai sudah majlis perkahwinan kakak aku di pihak lelaki. Semasa khusyuk menjamah lauk pengantin, kakak aku berbisik " hangpa balik petang karang tau". Aku hanya diam sebab keputusan terletak di tangan emak. Kalau emak nak balik takkan aku berkeras nak menunggu kakak. Kata emak, mana ada family belah perempuan yang datang melepak sekali. rombongan pengantin akan datang menghantar pengantin, makan dan selepas itu pulang seperti tetamu2 yang lain. Kakak aku kena terima hakikat bahawa dia sudah menjadi milik keluarga sebelah sana. Apa yang berlaku, suaminya lebih berhak ke atas dirinya.


Balik dari selama, cuaca cukup panas. aku sudah terbayang2kan kesejukan air terjun yang terdapat di area kamunting. Aku kata dengan adik-beradik yang lain, balik ni lepas sembahyang aku nak p mandi. aku nak berendam n sejukkan badan. kata2 semuanya mendapat anggukan daripada ahli keluarga yang lain. Jadi, lepas sembahyang, tiga buah kereta konvoi ke air terjun bukit Jana. waktu cuti, memang ramai orang. kawasan semua penuh. Aku tak kisah. Aku berkemampuan untuk menakluk kawasan orang yang sudah datang dulu.(hehehehe). Hendak ke Burmese pool di taiping, malas pula rasanya, jadi terpaksa terima keadaan seadanya, asalkan dapat sejukkan badan. Ternyata taklukan aku berjaya. beberapa pengunjung (yang hanya datang2 rendamkan kaki, dan bukannya mahu mandi) terpaksa beredar apabila aku mengetuai rombongan seramai 12 orang itu. hahahahaha..nasiblah kan.


Minggu lepas juga kami konvoi ke charok salak untuk mandi air terjun juga. Pagi2 aku n kakak bangun masak nasi dan buat roti sandwich sebagai bekalan. Aku dengan penuh semangatnya bercerita perihal kawasan air terjun ini yang memang best (aku pernah pergi sebelum ini).perjalanan memakan masa lebih kurang 40 minit. Aku memang sudah tidak sabar untuk mandi. Namun beberapa meter dari kawasan air terjun, kami diterjah perasaan hampa kerana air yang sepatutnya bersih dan jernih itu sudah bertukar warna menjadi oren. Aku dan keluarga yang lain kecewa. Terasa tidak berbaloi langsung perjalanan yang agak lama itu. Memikirkan rasa penat, aku nak je terjun dalam air yang sudah berubah warna itu.


tengah kami dok merenung air tu, datang seorang pakcik dengan motosikalnya memberitahu, kalau nak mandi air yang jernih kena panjat bukit sebab di bahagian atas, ada orang sedang membuat kolam dan air tanah itu yang menjadikan air bertukar warna. semangat yang luntur kembali pulih. Kami sekali lagi dengan 10 dewasa n 5 kanak2 merentas denai untuk pergi ke bahagian yang lebih tinggi. makin lama makin kami naik, makin jauh n air terjun yang dimaksudkan masih tidak jumpa2. Aku sebenarnya kasihan dengan emak yang terpaksa mendaki bukit. Beberapa kali kami terpaksa berhenti memikirkan adakah perlu kami meneruskan perjalanan yang menenatkan itu sedangkan tempat yang dituju masih tidak nampak halanya.

Adik lelaki aku n abang ipar meneruskan pencarian. sepuluh minit kemudian, mereka turun dan mengatakan 'kami dah jumpa'. Jadi dengan langkah yang semakin bersemangat, kami meneruskan perjalanan melalui jalan yang curam dan licin dan akhirnya....Fuh..aku memang tidak mahu keluar2 lagi.


p/s- hanya gambar ini yang mampu ditunjukkan sebab yang lain, off limit...heheheh

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...