Saturday, August 12, 2006

Mak n Ayah

Minggu ni aku balik kampung di Taiping. semasa aku menulis entri ini aku sudah pun berada di rumah parent aku. minggu ni hanya aku seorang yang balik. 2 orang adik aku yang berada di penang tidak balik kerana ada discussion group dan seorang lagi tidak dapat cuti. memang sunyi kerana selain dari mak n ayah hanya ada adik bongsu aku seorang. aah..tak kisahlah siapa yang balik ataupun tidak. yang penting matlamat aku nak melepaskan rindu kat keluarga tercapai.

Balik kali ni, aku menaiki keretapi. memang memenatkan. perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 2 setengah jam dengan kereta menjadi hampir 6 jam. sudahlah keretapi tiba lewat. selalunya aku balik menaiki kereta dengan kakak aku yang turut sama berkerja di UPSI. tetapi minggu ini dia terpaksa berkursus di PD menyebabkan aku terpaksa balik sorang dan naik keretapi. hehehe..kakak aku tak bagi peluang kat aku langsung untuk guna kereta dia setelah aku meremukkan sebelah badan kereta ayah aku. for god's sake..that was 4 years ago. tak abis2 lagi nightmare dia.

So, tujuan sebenar aku bukanlah nak bercerita tentang kereta atau kebengangan aku terpaksa menunggu lama di stesen keretapi tetapi tentang pengorbanan dan kasih sayang ibu bapa terhadap anaknya. aku pun tak terfikir untuk menulis n3 ini tetapi setelah apa yang aku saksikan semalam cukup menginsafkan dan membuat aku terharu.

tiada apa yang berlaku sebenarnya. cuma masa keretapi berhenti di stesen kuala kangsar, aku melihat seorang budak perempuan naik dan duduk di depan aku. aku tidak menumpukan perhatian sangat kepada budak ini. tetapi lebih kepada sepasang suami isteri yang sedang memerhatikan sesuatu @ seseorang. pasangan ini menunggu / memandang sehingga anak mereka dapat tempat duduk. dan kemudian terus lagi menunggu sehingga keretapi perlahan-lahan meninggalkan stesen. mereka terus menunggu sehingga benr-benar berpuas hati yang keselamatan anak gadis mereka terjamin. waktu itu waktu menunjukkan pukul 3.15 pagi.

Aku tidak kenal pasangan itu. tetapi melihat mereka mengingatkan aku kepada orang tua aku sendiri. dulu, sewaktu aku bersekolah asrama, ke universiti dan sehingga aku bekerja kini pun mak dan ayah tetap seperti keberatan melepaskan aku pergi. pengorbanan seorang ayah dan ibu. sanggup menunggu anaknya. walau waktu sedang berganjak ke awal pagi. semalam ayah aku yang mengambil aku di stesen. bukan aku tidak boleh pulang menaiki teksi, tetapi ayah tidak membenarkan aku menaiki teksi. dia rela mengambil walau di mana dan pukul berapa sekalipun. Aku tidak mahu menyusahkannya. aku tidak mahu menganggu tidurnya. tetapi kalau itu sendiri kemahuan ayah. kalau itu yang boleh melegaka hatinya, aku rela. sebelum sampai aku sudah berpesan pada mak;
" Mak n ayah jangan datang dulu. tunggu check( ganti diri aku) call dulu. nanti tunggu lama. ketapi ni tak tentu masa." Mak aku hanya mengiyakan. tapi pukul 2 mak dah siap call tanya aku kat mana. aku kata lambat lagi aku nak sampai. tidurlah dulu. mak jawab, dia tak boleh tidur. begitulah selalunya yang berlaku kalau aku balik dengan menaiki keretapi. kalau dulu, bila aku cakap sampai pukul 3.30 pagi, pukul 3 mak n ayah dah siap menunggu. dah siap terpacak dekat stesen. ni satu lagi perangai mak n ayah aku. mereka terlebih punctual. sekarang bila saja aku balik, aku terpaksa berpesan. tunggu aku call baru datang. jangan datang. tak sampai hati aku melihat mak n ayah menunggu dalam waktu gelap dan cuaca yang sejuk. nasib baik mereka menerima cadangan aku. bukan sekali dua. malah berkali-kali mak n ayah terpaksa menunggu aku n adik beradik yang lain.

aku yakin,kebanyakkan ibu bapa akan bertindak serupa. macam semalam. aku lihat ada kebimbangan, pengharapan dan doa yang bertukar ganti di mimik wajah pasangan suami isteri itu. mana- mana ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak mereka. tak siapa yang mahu anak mereka menjadi seorang yang gagal dalam hidup. bagi anak yang mengenang jasa orang tua, syabas aku ucapkan. hargailah jasa ibu bapa kita. mereka hanya ada satu sahaja untuk kita. tiada 2. tiada 3. tiada siapa yang boleh mengantikan tempat mereka. alangkah malangnya mereka yang menyepi dari ibu bapa. yang memusuhi ibu bapa. yang tidak mengenangkan jasa ibu bapa.

aku pernah terbaca satu komen yang dibuat dalam sebuah blog. insan ini amat mengharapkan kematian kedua ibu bapanya dengan cepat supaya dia dapat mencapai keinginannya yang tidak dapat dilaksanakan selagi ibu bapanya masih hidup. betapa hancurnya hati dan remuk rendamnya hati aku membaca tulisan berkenaan. walapun mati itu pasti, aku masih tidak dapat membayangkan hidup aku nanti tanpa mak n ayah. sampai aku sendiri terfikir biarlah aku mati dulu sebelum mak n ayah kerana aku tidak mahu merasai kesedihan dan perasaan yang sendiri tidak dapat aku bayangkan. Ya Allah, walau di mana sahaja insan ini berada, aku mendoakan akan pintu hatinya terbuka untuk bertaubat. mungkin, ibu bapanya turut ada kesilapannya. ibu bapanya mungkin tidak sehebat ibu bapa yang lain. tapi, manusia mana yang sempurna. dan aku sekali-sekali tetap tidak dapat membayangkan pengharapan itu untuk orang tua aku. tidak pernah terlintas dalam hati aku.

Untuk insan ini, cuba bayangkan andai anda tahu yang suatu hari nanti anak anda mengharapkan begitu untuk anda. apa perasaan anda sekiranya anak anda tidak sabar menunggu hari kematian anda? tepuk dada...tanya iman....

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...