Saturday, July 22, 2006

PESTA BUKU UPSI 17-21 JULAI 2006

Semalam, berakhirlah pesta buku yang amat dinanti-nantikan oleh aku dan insan-insan yang hantu novel. Pesta buku ini merupakan acara wajib yang perpustakaan anjurkan sempena menyambut bulam membaca peringkat UPSI. Oleh kerana kami tidak dapat menggunakan dewan SITC, pihak jawatankuasa membuat keputusan untuk mengadakan pesta tersebut di perpustakaan sendiri. 2 ruang digunakan iaitu BILIK 24 JAM dan Student Lounge. Antara peserta yang mengambil bahagian ialah Creative Enterprise, Utusan Publication, Telaga Biru, Koupsi, Penerbit UPSI, Karangkraf dan jeng..jeng..jeng..(depend kepada anda sendiri berapa banyak jeng jeng yg nak digunakan) ahaks....ALAF 21. YIPPIIIIII...
Aku merupakan salah seorang AJK pesta buku so, sepanjang masa pesta buku tu berjalan aku akan betugas memastikan segalanya berjalan lancar.
Buat permulaan, Alaf dan Creative, dan Utusan Pub diletakkan di bilik 24 jam. Dan selebihnya di student lounge. Aku siap pesan kepada member aku, “kalau ko buat jadual make sure aku jaga bilik 24 jam tau”... “set” katanya.
So, hari pertama aku dengan kembang hidung dan muka siap menunggu kedatangan peserta. Sorang2 datang tapi selepas pukul 9 member alaf tak nampak batang hidung. Aku dah mengelisah. Berdiri salah. Duduk salah. Berjalan ke hulu ke hilir macam kucing cari anak hilang. Aku dah tak sabar nih...tangan terasa gatal je nak membelek, mengintai2 dan membeli buku baru. Tapi aku berlagak cool dulu. Tak nak obviuos sangat. Lebih kurang pukul 10.30 baru team alaf sampai. Dari jauh aku dah senyum macam cipan. Tiba-tiba jer rasa bahagia. Aku tetap cool. Tak naklah menrpa lagi. Bagi diorang susun buku dulu. Padahal, aku aku dah berasap2 nak menuju ke meja alaf.
Cadangnya kali ini aku nak cari buku Eyman Hykal, Ayu Emelda, Amy Batrisya dan Shanika latisha. Tapi aku hampa bila team alaf kata buku Ayu dah habis stock. Ala...frust jugak aku. Tapi kak liza( bukan rosha ye) kata mungkin ada esok. (stock kat klcc punya). Aku kata ok...esok aku beli lagi. So..hari pertama berlalu. Tiba hari kedua. Para AJK pucat sekejap. Kenapa tak ramai datang ke bilik 24 jam? Meja alaf agak lenggang. Selain aku dan member yang hampir 10 buah membeli buku, yang datang pun tak berapa ramai. Macam mana ni, kat student lounge jualan kencang. Aku pun rasa serba salah. Tak ramai student masuk ke bilik 24 jam. Serta merta buat meeting tergempar...( ala bukan meeting apa pun. Semua Ajk berdiri sambil berbincang). Kata sepakat kami ambil. Kami adjust meja kat student Lounge. Kami jumpa alaf dan creative minta mereka berpindah ke SL. Bilik 24 jam di tingkat atas. Mereka setuju sebab mereka pun bimbang dengan keadaan itu.
Jadi...aku ni antara orang yang paling sibuk dan bepeluh di duni pada ari tu. Berkejar mencari troli dan menolong mengakat meja. Bayangkan dengan baju kurung...mak aii...nasib baik library tu ada air cond. Kalau tidak sah sah aku ada bau cipan.
Keputusan yang kami buat berbaloi rupanya. Semakin ramai pengunjung ke meja alaf dan creative. Walaupun duit loan dan gaji tak masuk lagi, tapi keadaan di SL lebih baik dari d Bilik 24 jam. Hari khamis dan the last day memang hebat. Seawal pukul 9 student berpusu-pusu datang. Sampaikan kak liza sendiri terkejut sebab takut bahan yang dibawa tak mencukupi. memang sesak. Macam pesta buku kat pwtc. Tapi taklah seramai tu. Siap ada pemintaan dari member aku “ ko minta alaf sambung boleh tak? At least sampai ari selasa. Gaji masuk masa tu..ramai minta ni? Alaf je..pun tak pe” hhihihi...
Tengah2 aku dok menyibuk kat meja alaf aku nampak seseorang. Dialognya begini:

Aku : hey
Nia Azalea : hai
Aku : wei Afza, ko tak duduk ke? Signlah autograph.
Nia : aku malu lah
Aku : malu apa..ramai tanya kenapa alaf tak bawak penulis.
Nia : ramai ke? Siapa yg tanya?
Aku : hihih..aku lah..member aku pun tanya. Duduklah. Lagi pun buku
baru ko ada. Baru best ada penulis yang datang.
Nia : aku malu la...nanti student aku nampak. Lagipun aku nak pi makan
ni.

Itulah lebih kurang dialog aku dengan Nia Azalea. So, itu saja penulis yang datang. Bukan nak sain2 autograph tapi semata-mata nak menjenguk muka. Kelakar...betul ngan nia ni. Malu lah pulak....tapi aku tak kisahlah. Dapat beli buku dengan harga yang murah cukup aku puas hati dah. Apa pun memang seronok dengan pesta buku ni. Semoga tahun depan Alaf tak serik nak datang tempat kami lagi.

p/s gambar nanti aku siarkan...

3 comments:

Anonymous said...

Best korunk jer. Kat sini masih sepi pasal budak semua tak masuk loan lagi.

dhiya zafira said...

azhar...
nama awak sebijik nama abang ipar saya. azhar ahmad. dia pun orang kedah. geng mesti pangey awak at kan?

Anonymous said...

Huhuhuhuhu. Ye lah tuh....

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...