Monday, July 10, 2006

PENAWAR PENAT OLEH RASULLULLAH

Penawar Di Kala Kepenatan

Bagi mengatasi kepenatan melaksanakan tugas-tugas seharian sama ada di rumah
mahu pun di tempat kerja, bolehlah jadikan petua yang diajar oleh
Rasulullah s.a.w. kepada puteri kesayangannya Saidatina Fatimah sebagai
penawarnya.
Suatu hari Saidatina Fatimah mengadu kepada suaminya Saidina Ali bin Abu
Talib tentang kesakitan pada tangannya kerana keletihan menggiling gandum
untuk membuat roti. Saidina Ali berkata :


"Bapa kamu telah datang membawa balik tawanan perang. Berjumpalah dia dan
mintalah seorang khadam untuk membantu mu."


Saidatina Fatimah pergi bertemu bapanya dan menyatakan hasrat untuk
mendapatkan seorang khadam bagi membantu tugas hariannya di rumah.
Bagaimanapun Rasulullah s.a.w. tidak mampu memenuhi permintaan anak
kesayangannya itu. Lalu Baginda s.a.w. pergi menemui puterinya serta
menantu itu. Baginda s.a.w. berkata:


"Apa kamu berdua mahu aku ajarkan perkara yang lebih baik daripada apa yang
kamu minta daripadaku? Apabila kamu berdua berbaring untuk tidur,
bertasbihlah (Subhanallah) 33 kali, bertahmid (Alhamdulillah) 33 kali dan
bertakbir (Allahuakbar) 33 kali. Ia adalah lebih baik untuk kamu
berdua daripada seorang khadam."


Inilah penawar ringkas yang Nabi s.a.w. ajarkan kepada anak dan
menantunya bagi meringankan keletihan dan kesusahan hidup mereka berdua. Saidina Ali
terus mengulang-ulang kalimah-kalimah Rasulullah.s.a.w. ini.


Katanya:-
"Demi Allah aku tidak pernah meninggalkannya semenjak ia diajarkan kepadaku."


Sayugia dicadangkan kepada ibu-ibu, suami-suami atau sesiapa sahaja yang
merasai kepenatan setelah melakukan tugas-tugas harian supaya
mengamalkan
membaca:
'Subhanallah' (33 kali), 'Alhamdulillah' (33 kali) dan
'Allahuakbar' (33 kali)pada setiap malam isitu sebelum melelapkan
mata.
Lakukanlah dengan penuh ikhlas dan istiqamah (berterusan), Insya-Allah petunjuk Nabawi ini mampu menyelesaikan bebanan-bebanan hidup seharian kita. Akan terserlah ceria di wajah pada keesokan hari dengan senyuman.


Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah S.A.W bersabda:


"Apabila Allah menyintai seorang hambanya, Allah akan memanggil
malaikat Jibril dan berkata:
Allah menyintai si fulan maka cintailah dia. Jibril pun
menyintai hamba tersebut dan kemudian mengumumkan kepada penduduk
langit dengan berkata:
Sesungguhnya Allah menyintai si fulan maka cintailah dia.
Semua penduduk langit pun menyintainya.
Kemudian diletakkan penerimaan bagi hamba tersebut di bumi
(maksudnya disenangi dan disayangi)."


(Hadis no.3209 riwayat Imam al-Bukhari dalam kitabnya Sahih
al-Bukhari)

No comments:

OFFER HATI BERGETAR RINDU

OFFER RM20 (sm)/ RM 25(ss)  termasuk pos throwback 🔙  novel ke 5 yang terbit pada Mac 2011. Terbit selepas hanya 7 bula...